Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day..

Istimewa buat AYAHANDA TERSAYANG
Selamat Hari Bapa anakanda ucapkan..
Tiada kata yang lebih bernilai selain ingin mengucapka
n TERIMA KASIH kerana mendidik dan menjaga anakmu sampai ke hari ini tanpa pernah mengeluh...
Bagiku setiap hari pun hari bapa n hari mak...
Kudoakan moga kalian di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan sentiasa dalam peliharaan Allah..

Pak,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal p
rihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan

Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayang
mu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu

Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga



Terharu ngan lirik nasyid In-team nie..

SENTUHANMU

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


p/s: Buat semua yg bergelar ayah..Happy Father's Day..

1 comment:

  1. Salam.

    Semoga kita sama2 dapat mendoakan yang terbaik buat ayah.Sesungguhnya doa dari anak adalah hadiah yang terbaik untuk ibu dan bapa.

    Selamat Berhujung Minggu dan Hari2 adalah hari kasih sayang bersama mak,ayah dan keluarga.

    ReplyDelete