Thursday, December 17, 2009

Salam Hijrah 1431

Salam Hirah Buat Semua
Moga sentiasa dlm keberkatan dan keredhaanNya..


Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya
DOA AKHIR TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim...


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.


Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.


Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.


Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

DOA AWAL TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.


Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.


Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam....

Sunday, November 29, 2009

Lama....

Salam
Lama suda tak mengupdate blog...penuh dgn sesawang suda nmpknya kah kah kah
Bz yg teramat ....
Hari nie dah lepas paper falsafah dan sej sc & maths..blh migrain tinguk soalannya td....n hope tak kan ada paper lagi lepas nie..cz tinggal siapkan my thesis then viva....tak sabar rasanya
mo rehatkan kepala otak nie...huhuhu

Nie nak ambl kesempatan nak ucap selamat bercuti, selamat berkahwin, selamt menghadapi exam...dan selamat lah untuk semua....

Layan pic dulu ...T__T

Aquaria at school

p/s: salam aidil adha wpun lmbt...maaf zahir n batin =)

Friday, October 23, 2009

(^0^)

^^Satu Hari di Hari Raya^^

~With Family terSAYANG~~Gathering Raya's with Frens~~With Students~~Raya 1 Msia~

Dah lama nak upload tp diri bz sgt..ni curi masa kejap..=)

Tuesday, October 13, 2009

Meng'AWAY'kan diri..

Salam semua..
Selamat berpuasa Syawal...tak lama lagik habis Syawal..cepatttt

Lama tak update blog..
Bz yg amat2 sgt utk siapkan tesis...
Nak mengAWAYkan diri utk beberapa ketika...(nak concentre kunuk)
Ya Allah Engkau permudahakan lah segala urusanku...aminnn



p/s: Nite everybody..Esk last PMR...gud luck 4 my students

Saturday, September 26, 2009

Hakikat Kehidupan^^

Hidup ini hanya dua hari,
Hari kedamaian dan hari kepiluan
Suatu saat terasa tenang
Waktu yang lain terasa kacau,
Hati yang tenang,
Seperti sebuah lautan,
Walaupun permukaannya bangkai,
Tetapi di dasarnya mutiara yang berharga
(Madah Imam Syafii)



p/s: tetiba aku ingin bmadah2..huhu..mood ndak stabil..

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin...

Ramadhan...kedatangan mu ku nanti
Pergimu ku tangisi....
Syawal..selamat dtg kuucapkan..

Buat kengkawan semua...
SALAM AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR dan BATIN






Wednesday, September 9, 2009

090909 (^o^) dan 10 Akhir Ramadhan

Salam..
Cantik betul angka hari nie...mesti ramai yg nak lakar sejarah hari nie kan...Jadi,
bersempena angka yg cantik hari ni
090909, dan di bulan yang penuh kerahmatan ini saya nak ucap :
Selamat berpuasa..
Selamat menambahkan amal di
10 Akhir Ramadhan ini..
Moga2 amal ibadah kita di terima oleh Allah..aminn

Jom...Renungkan ...

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.





Thursday, September 3, 2009

Setelah sebulan...

Salam...
Setelah dicutikan oleh Mr.Dr sy kembali ke sekolah walaupun belum pulih sangat.. Sy telah kembali menjalankan tugas seperti biasa...Syukur sgt2...T___T. Sebulan sy bercuti...(3 minggu mc +1week cuti sem) Hoorray...At least kering lah jugak bekas chicekn pox sy nie...walaupun masih byk bekas n especially d muka..(*^*)
Byk ayat2 ksian yg sy dpt...syg juga smua kwn2 ngan sy nie ya..huhuhu (perasan!)
.....alahai..ksiannya ko dek....ndak pa hilang jugak bekas tu nnt .....kalu nak hilang bekas....ko letak itu, letak ini, (mcm2 petua sy dpt) .....mst gatal kan...ksiannya...dapat aku rasa...(T_______T)
Alahai..... terharu sy dgn kprihatinan semua kengkwn d sek nie...

p/s: selamat berpuasa!

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka!

Salam..
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 buat semua warga Malaysia tak kira tua ataupun muda..
Sama2lah kita mengayati erti kemerdekaan yang sebenar...~~
Merdeka kah kita? Tepuk dada tnya Iman..=)

(sekadar renungan ~0~)

Selamat berpuasa
Selamat buka puasa
Moga2 hari nie kita MERDEKA melawan nafsu utk mendapat puasa yang diterima Allah..aminn

p/s:salam kemerdekaan salam ramadhan!



Thursday, August 27, 2009

Pertambahan usiaku..


Salam.. Hari nie secara rasmi mengikut tarikh yg didaftarkan pada surat beranak usiaku bertambah lagi setahun...Setinggi2 kesyukuran kupanjatkan kepadaMu Ya Allah kerana masih memberikan ku nikmat utk bernafas di muka bumimu..Amin Ya Allah..
Buat kwn2ku semua..terima kasih ya atas doa kalian menerusi fb dan sms..Moga2 Allah akan makbulkannya Amin..
(mcm ni lah lebih kurang apabila d rumuskan)
-Moga pnjang umur, diberi kesihatan yang baik
-
-Di murahkan rezeki
-
-Sentiasa diberkati Allah
hari nie, esk dan selamanya-
-Ditemukan jodoh-
Amin Ya Rabbal alamin..
Buat Abg S..Syukran ya..InsyaAllah adikmu akan jadi lebih matang..Terima kasih atas kasih sayang yg
abg berikan buat adikmu ni ya=)

Ya Allah aku memohon kepadaMu, ampunilah dosa2ku,dosa2 kedua ibu bapaku, dosa2 shbt2ku, guru2ku serta muslimin dan muslimat sama ada yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia..

p/s: semakin bertambah usia..semakin dekat kita dengan kematian...







Friday, August 21, 2009

Ahlan Ya Ramadhan...

Salam...
Buat sahabat muslim semua..selamat menyambut ra
madhan al-mubarak..Moga ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua..amin...

Ya Allah, jadikanlah puasaku di bulan ini sebagaimana puasanya orang yang benar-benar berpuasa, jadikanlah ibadah malamku di bulan ini sebagaimana ibadahnya orang yang sungguh-sungguh, jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lupa dan hapuskanlah segala dosaku wahai Tuhan semesta alam, ampunilah aku wahai Pengampun orang-orang yang bersalah.



Thursday, August 13, 2009

Al_Fatihah Buat Ust Asri Rabbani

Salam...
Terkezut dgn berita yang baru saa baca dr fb kwn tadi...Ust Asri Rabbani telah meninggal dunia pagi tadi...Ikuti sumber yg sy perolehi:
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Vokalis utama kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali...Moga arwah di tempatkan dalam golongan insan yg beramal soleh..aminn


p/s: Bila2 dan d mana shja kalu ajal kita suda sampai...


Monday, August 10, 2009

Good Luck 4 My Student !!

Salam..
Hari nie start lah suda my student punya ujian setara n trial PMR..
4 my dear student..good luck dear...jawab betul2...hope u can get the POWER result...jgn memain tau! anggap nie mcm PMR...{*o*}



p/s: sorry cgu tak dpt nak tgk korang mjwb...still m.c

Friday, August 7, 2009

Membuka PINTU REZEKI

Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada ")......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

p/s : sharing fwd e-mail..

Wednesday, August 5, 2009

Wajah2 Raja Sehari T___T


hanya gambar yang bercerita (*o*)


Award

Got award frm sis pearls (rahma)..thanks sis..

n this Award to all of you yg baca blog ni...ok..salamm


Friday, July 31, 2009

Chicken Pox + Hot News

salam...
mcm tajuk d atas..ya saya sedang mengalami 'Chicken Pox'..atau glamournya Demam Campak...Alahai..betul2 ujian...semua sakit..panas, gatal, kepala macam nak pecah..
Ya Allah kepadaMu aku memohon sembuhkan lah penyakit yang aku alami ini Ya Allah..Hanya kepadaMu lah ku meminta pertolongan..aminn



HOT NEWS
akhirnya sek tmpt saya bertugas d arahkan juga utk d tutup berkuat kuasa hari nie...31 julai hingga 06 Ogos..(lebih kurang plak mc yg dpt dari Mr. DR. tadi (*0*) d sebabkan oleh virus H1N1...MasyaAllah..virus ini semakin menular menjejaki mangsanya...Ya Allah engkau lindungilah kami dari ancaman2 penyakit menular ini Ya Allah..amin


p/s : 5 sek men d daerah Tawau arahkan tutup bkuatkuasa tgh tadi hari ini..adoii..