Saturday, May 30, 2009

Cuti (^_^)

Salam semua...happy Holiday Again...Tadau Kaamatan ..n Selamat Berkahwinan...(^o^)


Sperti yg dah d sebut2 sblm ie..azam aku nak habiskan paper utk d marking...yup harap2 lah sblm pjumpaan geng2 dragon al-jundhi..sume dah settle...hmm..nmpak gaya over tima lah aku...paper 2 nie yg perlu penumpuan yg jitu..ahaks..supaya tak da ralat n ptikaian olh student nnt...hehehe...

Hmm..cuti ni...ramai lah yg kawin..dkt sek sorg ustazah akn mnamatkan zaman bujangnya...junior aku sorang, kwn2 aku yg dulu2..ex student sorng, n tmasuk lah sedara mara...hmmm time cuti sekolah bpuluh2 lah jemputan yg dtg ke rumah...iya..d Twu nie kalu nak kwin selalunya mst tgk kalendar cuti sekolah even yg nak kwin tu bukan cgu...hehehe...bkn apa...kalu cuti sek senang...

aqiqah pun tak kurang hebatnya..tmorrow one of my dragon gen..pia akan buat mjlis aqiqah for her son...InsyaAllah Im coming dear...ndak sbr mo tgk Ameerah yg comel tu...:)

Time cuti sek nie juga baru lah our sibling dpt bkumpul...hmm tak sbr nak tunggu ank buah riuhkan rumah nie...

hmm pjg sgt suda nie..

jap lagi mo p kenduri kawin kwn...
ok..salam...

p/s: hope cuti2 ni dpt buat aktviti yg bmanfaat...




Thursday, May 28, 2009

Last Exam..Last Day..then boleh CUTI^- -^

Last Day!..Yup tmorrow last day for this semester...Hmmm mmg tak sbr2 nak cuti...Cuti penggal ptama akan bermula...Tapi..ksian cuti pun tak boleh cuti sakan...byk keja juga kena buat..yg penting PAPER kena marking...hmmm...tak per..misi n azam weekend nie..nak pulun habis2 nak marking paper smpai ke paper yg terakhir..hehehehe...nak cuti2 msia lah ngan kengkawan lama...aduh ndak sbr mo jmp my best frens 'geng2 dragon' nie... I can't waittttt.....

This pic 4 my dragon geng ^0^



Hmm...utk student2 school n sifu2 school d seluruh MSIA...HAPPY HOLIDAY!!!..awal nak wish coz tak sabar2 nak CUTI...hehehehe




p/s: adik yg nak pmr, spm n stpm..cuti2 pun buku jgn lupa yer...(pesanan pnaja..^v^)


1st Award...


Salam semua...
Betul2 tak sangka...dpt la plak award nie...TQ ya Kak Pearl ....suka sngt2..I love it! (*v*)..
Nak pass award nie 4 :
Herda
Sheem
Ina
Asma
Chayah

p/s: saja suka2 nak bagi ngan kwn2 lama :)

Tuesday, May 26, 2009

Exam Week

exam week is coming!!..so..tiba masanya for guru2 start mencari game2 yg best...hmmm mcm2 smpi berlawan..masing2 nak habiskan stage..lawak2..nie sbb boring tahap cipan..time jg exam..tu yg mencari game..huhuhu..bila p jg exam bz mengusung laptop..yg kelakar balik ke staffroom..bz tnya smpi stage barapa..duiii...nie sbb masing2 paper blm smpai giliran so tak da yg bleh d marking...tp tak bermakna tak pantau student..lagi2 kalu kena jaga 2 hours n 3 hours...kering juga kalu tak buat pa pa kan....

hmmm nie sementara tunggu nak masuk class..1 hr 45mnts...dush..confirm ngantuk...


p/s: Runch rush dah smpi mana???crocodile dah kuar ker..hahaha

Sunday, May 24, 2009

BerTAMBAH & BerKURANG (~0~)


p/s: Motivasi IMAN d hujung minggu...chayok2

20 sen !!

Sedikit renungan utk d kongsi bersama....

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.



'DUNIA SBG ALAT, AKHIRAT SBG MATLAMAT"

p/s: moga2 beroleh manfaat...story frm fwd mail...

Saturday, May 23, 2009

SenYum SiMpul..(*-*)



Cerita 1

Satu pagi d sebuah stesen keretapi, seorg makcik tua bertanya kpd kerani yang b'tugas d kaunter...

MAKCIK : "Anak, keretapi sampai pkl brape yer?"
KERANI: " Keretapi pkl 2pg dr Kedah, pkl 5pg dr Kelantn, dari Gemas pkl 7mlm dan 12tgh mlm dr Penang..Erm.. macik nak pegi mane?"

MAKCIK: "Tak ke mane2..macik nak melintas je.."

KERANI : %$#@??..(*0*) ~^^




Cerita 2
Suatu petang seorg anak memberitahu sesuatu kepada ayahnya..

ANAK : "Ayah, td sy naik bas dgn tambangnyer 6 posen..tp sy cuma ade 5 posen jer.."
AYAH : (dgn muka blurrnya).."mcm mana kamu bleh naik bas tu?"

ANAK : "oh.. sy bagila 5 posen, lepas tu sy buat lah muka SePosen..ckpla..enam posen!!


P/s : senaman muka..smile..~0~

Thursday, May 21, 2009

BE SAFE!!

WARNING !
BEWARE OF PAPER ON THE BACK WINDOW OF YOUR VEHICLE -

NEW WAY TO DO CAR-JACKINGS

You walk across the car parking, unlock your car and get inside. You start the engine and shift into Reverse. When you look into the rear view mirror to back out of your parking space, you notice a piece of paper stuck to the middle of the rear window. So, you shift into neutral, unlock your doors, and jump out of your car to remove that paper (or whatever it is) that is bstructing your view. When you reach the back of your car, that is when the carjackers appear out of nowhere, jump into your car and take off. They practically how you down as they speed off in your car. And guess what, ladies? I bet your purse is still in the car. So now the carjacker has your car, your home address, your money, and your keys. Your home and your whole identity are now compromised!


BEWARE OF THIS NEW SCHEME THAT'S NOW BEING USED.
If you see a piece of paper stuck to your back window, just drive away. Remove the paper later.

p/s : copy frm fwd email that I hv received

Sunday, May 17, 2009

Lucky!! (^0^)

Last night our school hv 'Teacher's Day Dnner' at Prominade Hotel..
Ramai dtg tmasuk mantan2 pengetua..
Memorable Dinner...Terharu tengok mantan2 esp Cgu Ismail Sulaiman.. He's the one of our VVIP tmsklah dua tiga org YB..erm..He's my 1st bos... The principle when I'm lapor diri at the Abaka's... Retired already n skrang urus kebun ja' bilangnya..:)..
Ndak mau suda balik sjung ka Cgu? (~v~)

Erm..yg nak d highlight kan..Im lucky ...tunggu punya tunggu akhirnya nama sy disebut juga..Alhamdulillah..rezeki lagi..:))..Thanks our PK 1..u mmg bijak..cabut nama I..hehehe..



p/s : congrats..4 Mr.laka got Award Guruku Idolaku..mms sesuai....

Happy Teachers Day ^0^

Happy Teacher's Day
16 May 09

Guru Pembina Negara Bangsa


To all teachers

Jadilah seorang GURU yang hadirnya DITUNGGU
Hilangnya DIRINDU
ilmunya DIBURU
nasihatnya DISERU
tingkahlakunya DITIRU...






p/s : Happy Birthday n Happy Teachers Day to my sis, kak Siedh..

Friday, May 15, 2009

Early...






Early...tak kisah lah..tu lagi baik...yup our school celebrate early 1 day TEACHERS DAY 09...Thank's abaka' students esp our FOSIS...Guru2 dihargai sangat2 siap dengan paluan kampung nasib baik tak da red carpet...ahaks ! ^_^



Ermm...students form 6 punya psembahan very 'touching' sampai

ada yg mngalirkan air mata...tersentuh lah tu...~^^...slh satunye bila a few of student deklamasikan sajak

GURU OH GURU nukilan SN Dato Usman Awang..

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


p/s : ermm..tmorow night ada celebrate teachers day dkt Pominade Htl..kelab guru n staf abaka's




Wednesday, May 13, 2009

Finished...

Alhamdulillah...finally its over...pa dia? exam sy lah..akhirnya berjaya juga menempuhinya dalam keadaan ndak sihat...syukur..
Erm..hope...apa yg sy jwb memenuhi lah kehendak soalan...Dr..jangan lah strict sgt erk..:)
...teringat pagi tadi..hehehe time buka soalan Quality sume muka blurrr...hehehe blank kejap ntah apa yg diminta...syukur Allah permudahkan akhirnya dapat lah juga mengayat ntah betul ka tidak...

SENARIO PAS HANTAR SKRIp JAWAPAN...

.....pas xm tadi mcm2 lah komen..i
....ish Dr nie, hari tu cakap tajuk nie kuar tgk2 lain yg dia bagi kuar...
....wui blank aku bah 10 minit tadi tinguk soalan...
.....eh kak yg solan 4 tu ttg SKPM bah kan...sorang lagi mencelah..Ha? ya ka? dui menyesal aku ndak pilih soalan tu...n banyak lagi lah rungutan2...

apa pun....kengkawan..kita dah MERDEKA dari EXAM buat sementara...so sekarang sama2 kita berdoa moga dapat result yg MELETOP! Aminn



pic slip xm..saja2...tapi hampeh..blurr plak
tu la paper QUALITY yg mmbuatkan sume blank seketika..what to do? ~^^

Sunday, May 10, 2009

Exam..Exam..Exam..

Huhuhuhu...smpat lagi mo blogging jap...erm..singgah2 jap nak mrehatkan kepala otak...12 n 13 Mei nie have exam....Hope dapat jawab soalan ngan baik...Ya Allah berikanlah aku ketajaman akal, kelapangan hati dalam menjawab peperiksaan nanti..Aminn...

For my classmate Ma. Edu Management UMS Twu Groups..gud luck ya geng...Hope we all can get a 'power' result amin....


p/s : cfu^^ away dulu bbrapa hari...nak concentrate dpn buku kunuk...^-^..

Selamat Hari Ibu'^^


Ibu...Bukan Sembarangan Insan...

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasululliah SAW dan bertanya "Wahai Rasulullah siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?''
Rasulullah menjawab, "ibumu, dan (diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu"...

Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama-sama
Renunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat
Berbuallah bersama ibu semasa IBU masih lagi boleh mendengar
Berilah ucapan Sayang kepada IBU selagi IBU masih boleh memahaminya...


BUAT IBUKU TERSAYANG, SELAMAT HARI IBU...I LOVE U SO MUCH MAK...
U ARE MY MIRACLE..
BIARKAN DUNIA MERAYAKAN HARI INI UNTUKMU..NAMUN BAGIKU HARI INI, DAN HARI-HARI SETERUSNYA ADALAH HARI UNTUKMU..
TERIMA KASIH SEGALANYA MAK!


Ya Allah, ampunilah segala dosa2ku dan dosa kedua ibu dan bapaku,. kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi...Aminn...




p/s : To all of mothers, Happy Mother's day...

Friday, May 8, 2009

...UPDATED

HAPC (Hari Anugerah Cemerlang)2008
08 mei 2009 Dataran Ilmu SMKA
Alhamdulillah our HAPC berjalan lancar seperti yang diharapkan...For Timb Pengarah...a Million Thanks...sporting habislah...even penat kan baru sampai dari KK...
Yang paling....paling..paling BEST ...Thanks our Principal Mr. Zahba...Akhirnya dapat juga warga Abaka bercuti this Monday...TQ BOS! nie semua sbb our HAPC berjalan lancar n bagi rehat dkt guru2 yang overtime...:))..Erm..here r some pic want 2 share 2 u all...njoy ya..salam....


Hari Anugerah Pelajar Cemerlang (HAPC) 2008 SMK Abaka
muka 'fenat' la....tapi sempat lg la !

1, 2 ,3 cheeeees...lega tugas dah selesai...<0l0>

with my ex student 'Zulhairie n Ibadurrahman' congrats my dear student!
with ex students form 5 2008

salam dengan pinggan 'kosong' tu :P
aksi 'manja' selapas KENYANG..huhuhu..

with my student Dayang Shazrin..'koir girl'

me, k.aida,mia,che' yah
ib'MINYAK!...fenat2...tapme, tetap nak 'pose' jugak

VIP nak balik...
TQ sudi dtg ke SMKA..


p/s : tak sempat nak take pic ngan my student Zumadi...nway Zumadi! congrats! for get ' Anugerah Pengetua' n 'Anugerah Kokum'...Hope It can make u more successufull ! Amin....
Harap ble dpt pic dia from school camera...I hope so...(nnt d upload k..kalu dpt..:)))
erm....kengkawan...more pic at my Fbook k...nite!




Hari Anugerah pelajar Cemerlang...

Ermm...Jap lagi aku kena pegi school balik...Fuh..penat ooo...dari semalam bz..maklumlah Timb Pengarah JPN Sabah nak datang rasmi...so kena la buat yg terbaik kan...nie dah masuk waktu...nak solat n siap2 nak pegi school balik...
4 my sttudents yg dapart 'award'..congrats ya!....


p/s : Pic upade later....tadaaaa......

Sunday, May 3, 2009

Pesan Roh Kepada Manusia


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


p/s : pagi tadi salah seorang familyku telah meninggal dunia..Al-fatihah untuk Allahyarham..

Ibu, Mengapa Ibu Menangis??

Sambil2 mengedit inbox email, saya terpanggil untuk berkongsi email ini...Moga2 ia dapat menjadi manfaat untuk kita semua..

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada
ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab,



"Sebab, Ibu adalah seorang wanita, Nak". "Aku tak mengerti" kata si
anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
"Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti.... "

Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu
menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada
alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.
Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap
bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan.
"Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"
Dalam mimpinya, Tuhan menjawab,

"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahu! nya, agar mampu menahan seluruh beban dunia
dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan
lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan
mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula,
ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya,
walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk
mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam
situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai
perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada
bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap.
Sentuhan inilah
yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut
olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui
masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab,
bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan
jantung agar tak terkoyak?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk
memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik
adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkali
pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang
diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling
melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan
perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar
dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan
yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah
air mata kehidupan".

Maka, dekatkanlah diri kita pada sang Ibu kalau beliau masih
hidup, karana di kakinyalah kita menemukan syurga.

Biar susah, jangan menyusahkan..




Saturday, May 2, 2009

Camping

Camping...Camping...Camping...
Fuh...Penat..baru balik dari Camping Gabungan Unit Beruniform Peringkat Sekolah..Penat2pun tapi seronok..teringat masa zaman sekolah dulu..tido dalam khemah...Perkhemahan nie start 30 April until 02 Mei....Nie, baru pas qadaq tido nie..:P..



30.04.09 : Baru nak start pasang khemah n buat gadget...Cabaran di bawah sinaran mentari! Chayok2 PPIM
Tak sangka PPIM dapat '2nd camp kraf' (nabila! tak sia2 ko panjat buat gadget tu!)






01.05.09 : Muka seposen..n gulap gulita sebab 'sun burn' time pasang khemah.....Masa nie activities in progress..so cgu2 lepak bawah 'camp kraf' sementara budak2 peserta dikerjakan oleh 'kem kom'



02.05.09 : Aktiviti 'membongkar' khemah..:)) Akhirnya...
Berlumpur ! Hujan ribut semalaman...tapi aku tetap maintain tdo dlm khemah..biar guruh n kilat semalam sambung menyambung...letih giler!

Cikgu! sempat lagi 'pose' walaupun dah penat mengemas?





Majlis Penutupan..Student Segak Bergaya dengan Full Uniform...
Congrats my dear student...3hari 2 malam mengharungi pelbagai cabaran!


P/s : Kengkawan, more pic at my facebook..tak larat nak upload..:)..

Friday, May 1, 2009

Hani Cute Giveaway


Kepada Kengkawan semua..jangan lepaskan peluang anda untuk dptkan giveaway yang cute nie sempena birthday Hani...for more info just visit Hani blog...

Hani..
Happy Birthday..May Allah Always With U Where Ever U Are..Aminn