Saturday, March 21, 2009

Pra-Reunion







Pic semua nie..time ala-ala reunion d rumah Ina...habis semua cerita masa zaman sekolah dulu kuar...best bah...lama suda ndak jumpa kan...walaupun tak dapat kumpul semua at-least 9 orang pun dah cukup meriah...Anyway..thanks Ina...mau pecah perut kami kekenyangan...:)

Tuesday, March 17, 2009

Cuti2 Malaysia...


Salam semua...
Sekarang tgh cuti2 Malaysia dekat kl..maklumlah cutisekolah...Time nie dekat rumah Yessy di Putrajaya..jap lagi mo turun kl..
Tomorrow..kami ada ala-alareunion..lama bah ndak bjumpa..habis sekolah terus semua bz... cadangnya tomorrow bkumpul dekat rumah Sarina d Kajang..(Pia jgn ko jealous ya)...Insya Allah esok ada Yessy (Pengarah program..hahaha), Flordeliza, Yanti, Asma, Chayah, Sarina n Hsbnd (Zalie), Sera n Hsbnd (Ariff), Linda n Hsbnd (Mazli), Rina tak sure lagi..try call semalam tapi tut.......
Semalam kuar pegi Alamanda Pjaya..Hahaha best bah..lama ndak bercerita kan..

Wednesday, March 11, 2009

A very important message to everyone, please read it carefully..


1 Egg & 2 Mobiles
65 minutes of connection between mobiles.
We assembled something as per image:


Initiated the call between the two mobiles and allowed 65 minutes approximately...
During the first 15 minutes nothing happened;
25 minutes later the egg started getting hot;
45 minutes later the egg is hot;
65 minutes later the egg is cooked.


Conclusion: The immediate radiation of the mobiles has the potential to modify the proteins of the egg. Imagine what it can do with the proteins of your brains when you do long calls.

Please try to reduce long time calls on mobile phones
!!!




Tuesday, March 10, 2009

CaRi BaHaN...

Betul kata org kalu rezeki tak ke mana...n ada d mana2 macam yg pacik budi cakap kejap tadi
dekat YM..
Hehehe alhamdulillah akhirnya jumpa juga bahan2 tesis yg aku perlukan walaupun tak banyak..tapi at least...masa yg aku luangkan depan pc nie tak lah sia2...
Apapun thanks pacik Budi..bagi web2 utk aku meneroka bahan2 yang aku perlukan nie...
Thanks ya....

KURMA, KISMIS & MADU


KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Monday, March 9, 2009

Perkara-perkara Yang Membuat Kita Hilang Ingatan & Tumpul Minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam



Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit




Salam Maulidur Rasul

Ketabahannya jadi teladan
Ketakwaannya jadi ikutan
Keberaniannya jadi contoh
Perjuangannya memberi nikmat dalam kita merasai kemanisan ISLAM hari ini...
SALAM MAULIDURRASUL

Mungkin Itu Yang Terbaik

Kita mungkin sudah kerap berdoa tetapi belum termakbul hajat yang dipohon. Kita mungkin rasa bosan kerana sekian lama berdoa meminta, masih tidak tercapai hasrat.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui waktu yang sesuai untuk mengabulkan doa hambaNya...
Hasrat kita lambat tertunai mungkin kerana belum masanya untuk kita menerima. Barangkali juga Allah akan gantikan dalam bentuk yang lain, yang jauh lebih baik dan berharga kerana permintaan yang asal tidak sesuai dengan diri kita.
Kejayaan dan kebahagiaan yang kita impikan akan tetap hadir hanya mungkin dalam bentuk dan waktu yang kita tidak duga...Atau dengan kata lain ia berlainan dengan perancangan yang kita buat.. Jangan ragu-ragu kerana itulah mungkin yang terbaik untuk kita..

Bisikkan ke Hati

'Aku tekun berdoa dan berusaha untuk kejayaan dan kebahagiaan. Aku sedar ada ketikanya hajatku lambat terpebuhi dan mungkin Allah akan gantikan yang lain, yang lebih baik. Aku yakin kejayaan dan kebahagiaan itu akan jadi milikku walaupun mungkin dalam bentuk dan waktu yang lain'