Monday, March 9, 2009

Mungkin Itu Yang Terbaik

Kita mungkin sudah kerap berdoa tetapi belum termakbul hajat yang dipohon. Kita mungkin rasa bosan kerana sekian lama berdoa meminta, masih tidak tercapai hasrat.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui waktu yang sesuai untuk mengabulkan doa hambaNya...
Hasrat kita lambat tertunai mungkin kerana belum masanya untuk kita menerima. Barangkali juga Allah akan gantikan dalam bentuk yang lain, yang jauh lebih baik dan berharga kerana permintaan yang asal tidak sesuai dengan diri kita.
Kejayaan dan kebahagiaan yang kita impikan akan tetap hadir hanya mungkin dalam bentuk dan waktu yang kita tidak duga...Atau dengan kata lain ia berlainan dengan perancangan yang kita buat.. Jangan ragu-ragu kerana itulah mungkin yang terbaik untuk kita..

Bisikkan ke Hati

'Aku tekun berdoa dan berusaha untuk kejayaan dan kebahagiaan. Aku sedar ada ketikanya hajatku lambat terpebuhi dan mungkin Allah akan gantikan yang lain, yang lebih baik. Aku yakin kejayaan dan kebahagiaan itu akan jadi milikku walaupun mungkin dalam bentuk dan waktu yang lain'

No comments:

Post a Comment