Wednesday, July 8, 2009

PPSMI

Salam...
As a science teachr, sy sgtlah teruja nak tau result pasal PPSMI ni..Then..ptg tadi, 2.30pm time dkt school bkemas2 nak balik dpt sms frm my best fren..pia..she's also sc teachr.."PPSMI MANSUH!"..huhuhu..akhirnya...
Hmm td dgr berita mcm lucu plak..baru lah kuar smua kajian2 yg mnunjukkan result sc n maths mnurun..sblm2 nie..brabis mnunjukkan yg sc n maths sntiasa mningkat stiap thn...sedangkan..truly..stp tahun MEROSOT...so..fikirlah sendiri ek...yg buat we all confuse stdnt yg tak pnh lulus sc n maths d pringkt sek..tgk2 time PMR ble lepas..naper? hmm sbbnya sgt senanglah utk lulus...terkezut tahap ultraman bila pegi krsus skema pmarkahan hari tu..tersgtlah rendh mrkh lulus n itu sbblah tidak ada kualiti maa...As a teachr, sokong sgt2 PPSMI d mansuhkan..wpun kt bleh tgk rmai student2 yg bjy tapi kita susah utk lahirkan student yg betul2 bjiwa sc n maths...sbbnya......klu bdr2 bsr maybe boleh d teruskan..tapi yg d pedalaman, pinggir bdr..alahai...tak caya..u all try pegi tgk...smpi nak putus urat leher..tpaksa dah terang in eng..then translate plak ke bm...kalu tak...hmmm nmpk lah muka confuse dkt muka student tu...
apapun...ada pro n kontranya...dia dlm bi ka, bm ka..sy tetap ikut..sbbnya YMP 'Yang Menurut Perintah'~~*o*

p/s: dasar PPSMI seusia aku bgelar C^fu..=)..alahai..

Saturday, July 4, 2009

otot terkezut!


salam.. tgk tjuk? OTOT TERKEZUT..huhuhu..ototku terkezut sbbnya suda lama tak exercise....huhuhu.. kmarin smangat g main netball ngan kengkwn school d kompleks...ada friendly match kunuk next week..saja2 mo kasi kuar peluh n ingt time2 school dulu...huhuhu...nak balik2 gerak kaki..haha.. Smlm nyenyak tdo..TAPI jeng jeng jeng pagi td bangun..na ambekmu...:) pengumpulan asid laktik telah berlaku d paha, betis, pinggang n sume2 lah..otot suda terkezut..fuhh..ni la kalu lama jadi dugong jak kan..hahaha..then utk mlegakannya aku sapulah ngan losyen mustajab halia..lega lah sikit..ahaks!


p/s: bersenam menyihatkan badan..badan sihat otak cergas...ahaks!

Monday, June 29, 2009

Cuti Peristiwa + Cerita sukan (*o*)

salam.. yehaa...hari nie cuti peristiwa....byr penat sukan..tapi tak terbayar rasanya...sminggu penat tapi cuti sehari jer..syukur gak lah at least ada cuti... hmm...cerita pasal sukan..congrats rumah SATRIA...merampas kemenangan tahun nie dr tangan rumah PERDANA..tapi tahniah gak PERDANA menang keseluruhan rentas desa.. for cgu2 PERDANA cayalah geng...korang menang lari 8x50m..huhuhuhu....tak sangka jaguh pelari pecut rupanya you all...bangga gak aku walaupun jadi tukang sorak gak..kalu aku lari nnt ada plak yg kena cari inhaller..hehehe..

lagi satu aku telah buat gimik semalam..hahaha...time vip buat perasmian gimiknyer yerlah tekan 'hon' th
en pengetua suma penolong2 kanan n wakil PIBG akan meletupkan 'bunga api party' yg diorg pegang...
huhuhu tapi bunga api yg dipegang oleh pengetua tak meletop-meletop walaupun dah berapa kali bos tekan punat tu..
last2 bila dah settle sume 'bunga api' tu aku pegang then 'pang!' meletop di
tangan aku...kuar sume segala warna warni..huhuhu aku telah buat gimik...nasib baik dia tak menghala muka sapa2..dasyat2..tak sangka 'bunga api' yg d pegang pengetua meletup plak d tangan aku...fuhh glamour la sekejap..hehehe (lupa lah tngkp pic serpihan bunga api tu yg bsepah di atas lantai..wakaka)



bersempena cuti nie...guru2 mrancang lah utk mlihat tr
ansformers bramai2 kul 11am tadi...biar warga abaka yg memenuhkan panggung tu...tapi aku tak dpt join cz sudah pun pegi tgk..then ada hal plaknyer..so kengkwn sorry erk aku tak muncul tadi..=) hmm..pic sukan yg best wpun penat tu akn di update latr ya..so my ex-student sbr2 ya..nnt kamu tgk aksi adik2 kamu blari n ex-teacher korang..mantap tu.. hmmm...d sebabkan bjemur 3hari, suara pun dah hilang...baru nak sembuh sakit lagi balik...duuugaaaan..

p/s: tak larat rasanya nak school esk..nak cuti lagi...huhuhu

Wednesday, June 24, 2009

Bulan Rejab..Bulan Allah..Bulan Kemuliaan

Salam..Bulan Rejab dtg lagi..Hari nie 24 Jun 2009 bersamaan 1 Rejab 1430 H..Alhamdulillah kita masih dipjgkan umur utk dipertemukan bulan yang penuh KEMULIAAN ini..

Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya.

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

FADHILAT BULAN REJAB

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah BERPUASA. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.


DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

BULAN REJAB merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.



p/s: sama2 kita memperbanyakkan amal ibadah di bulan yg penuh KEMULIAAN ini..amin



Monday, June 22, 2009

Nak demam :(

salam..
hmm terasa nak demam..bdn dah start panas..kpala sakit..
tekak dah start sakit nak menelan..mcm kena hiris piasu jer tekak nie...hrp2 ler tak jd tonsil..
suara dah start hilang..hmm dah ler tpaksa teriak dkt class...btul2 dugaan..
Ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan & kesihatan yg baik..ampunilah segala dosa2ku Ya Allah. aminn...


p/s: kifarah dosa

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day..

Istimewa buat AYAHANDA TERSAYANG
Selamat Hari Bapa anakanda ucapkan..
Tiada kata yang lebih bernilai selain ingin mengucapka
n TERIMA KASIH kerana mendidik dan menjaga anakmu sampai ke hari ini tanpa pernah mengeluh...
Bagiku setiap hari pun hari bapa n hari mak...
Kudoakan moga kalian di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan sentiasa dalam peliharaan Allah..

Pak,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal p
rihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan

Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayang
mu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu

Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga



Terharu ngan lirik nasyid In-team nie..

SENTUHANMU

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


p/s: Buat semua yg bergelar ayah..Happy Father's Day..

Saturday, June 20, 2009

MeRentas Desa

Kawan2 sume..tgk tajuk entry? yer...sek sy baru jer adakan aktiviti Merentas Desa seawal pagi tadi..Hmm tak penah d buat org kot...selalunya sukan awal tahun, nie plak d pertghan tahun...ikut jer lah..kite kan 'YMP'..=)
Merentas desa pra akt. before mjls sukan tahunan next week..lagi haru..ktorg ada masa sminggu jer utk latih budak2 tu sume..alahai..apa2 pun..go go PERDANA...this year mst menang lagi!
Hmm..tadi sempat gak menyibukkan diri pegi round check point..mak datuk! punya jauh..bukit bukau..masuk laluan ladang klapa sawit kuar ke jln raya..tak sanggup...nasib baik jd cgu, kalu student...confirm saya tak lari..hehehe..respect lah ngan budak2 saya..memang kuat,bertenaga dan penuh semangat! dalam masa yang singkat 5 check point bjaya d harungi..tanpa pengsan...hehe..(lupa plak tngkap pic track dia...mmg nangis ler kalu naik kete2 'rendah' nie..confirm sangkut..kena 4 wheel gak)

stlh di hitung dan d hitung PERDANA berada d tmpt kedua..tak per..hero hindusan mmg mcm tu..awal2 kalah..kang nnt dah start acra balapan n padang SATRIA akan PERDANA pintas habis-habisan dan mengekal kejuaraan..amin...





p/s:pic will update later..